Wednesday, February 8, 2012

Afnan & Afwan Sunat

Along n angah sunat awal. lebih kurang sebulan lebih lepas lahir. At first memang tak ada perancangan tapi bila my Farihin dah sunat n tengok dia ok je, so we all pun bersetuju nak sunatkan along & angah sekali. Masa kat Hosp. Tawakal ibu n ayah x boleh masuk. Tak sampai hati ibu dengar along & angah nangis. Ibu pun nangis sama.
Bila dah sampai rumah darah along masih tak berhenti. Bila buka pampers darah memancut keluar. semua orang panik. Atok lagi la. terus bawa along ke hosp balik. Along kena warded semalam. 1 malam uwan n ibu x tido. Atok, ayah n ayong tolong jaga angah kat rumah. Along sunat je RM 2500 & angah RM 500. Atok sampai cakap " DR nak berapa je atok sanggup bayar. Yg penting cucu atok selamat" TQ atok & Uwan...

Afnan & Afwan new born

      Alhamdulillah...Syukur padaMu atas segala nikmat dan pemberian yang telah Engkau berikan pada hambamu... Tak tergambar dengan perasaan & tak terluah dengan kata-kata. Tarikh keramat 13/4/2008 putera kembarku telah dilahirkan secara pembedahan. Setelah 6 tahun menunggu akhirnya satu penantian yang menyiksakan berakhir....
      Dalam tempoh 6 tahun pelbagai cara telah dicuba . Tak kira cara tradisional atau moden. 5 kali aku buat IUI tapi x menjadi.Seksanya cuma Tuhan je yang tahu. IUI kali yang ke -6 baru aku disahkan mengamdung. Lebih menggembirakan lagi apabila Dr. mengesahkan aku akan dapat anak kembar.
Time pregnent alahan memang teruk bleeding. Langsung tak boleh makan nasi n boleh duduk dalam bilik air coz tak larat nak ulang alik. Sampai dapat sebulan mc. Dugaan...
      Namun apa yang penting my twins selamat n sihat... Yang paling happy tentu ayah, atok n uwan... Atok sampai bertekak dengan guard hospital coz tak bagi masuk nak tengok cucu. Maklumlah cucu sulung...We all love both of u very much. Semoga besar nanti jadi anak yang soleh. Amin..